Metabolisme tubuh manusia edisi kedua

Series:
Publisher: Penerbit Universiti Malaya
Subject: Metabolism, Biochemistry
Authors:
Pages: 327 pages
Binding: Hardcover
ISBN: 9789831001684
Call No: QP 171. O58 2007
Metabolisme Tubuh Manusia ditulis khusus untuk rujukan penuntut kursus perubatan tahun satu. Buku ini membincangkan bagaimana karbohidrat, lipid, asid amino dan asid nukleik diuraikan di dalam tubuh, sama ada untuk menjana tenaga, ataupun untuk menghasilkan bahantara asas bagi biosintesis makromolekul yang beReferenceungsi atau makromolekul simpanan. Pelbagai metabolisme yang relevan dengan bidang perubatan ditegaskan dalam buku ini. Penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan gangguan metabolisme tubuh dan kegunaan tindak balas biokimia tertentu dalam kaedah diagnosis atau rawatan penyakit telah juga di sentuh. Untuk memudahkan penuntut mengenali topik yang mempunyai hubungan klinikal di dalam buku ini, teks kandungannya dituliskan secara italiks dan disusun di dalam petak kandungan. Penulisan buku ini dibuat mengikut kandungan silabus yang digunakan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Namun demikian, buku ini boleh juga dimanfaatkan oleh penuntut lain yang turut mengikuti subjek biokimia dalam mana-mana kursus seperti pergigian, farmasi, bioperubatan, sains, sains makanan dan sains veteriner kerana topik metabolisme merupakan teras bagi bidang biokimia.