Pengurusan & Pemuliharaan Alam Sekitar dari perspektif Islam

Publisher: Kuala Lumpur IKIMInstitut Kefahaman Islam Mal
Subject: Environmental protection--Religious aspects--, Environmental monitoring
Pages: 243 pages
Binding: Softcover
ISBN: 9789832636939
Call No: BP190.5 A16 2018

Sama ada kita sedar ataupun tidak,banyak fenomena yang berlaku di alam ini masih menjadi persoalan yang belum terjawab. Maka dengan itu, manusia dengan segala kudratnya berusaha untuk mengkaji dan memahami fenomena-fenomena tersebut. Bagi yang beriman, alam ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah SWT yang telah menciptanya dengan penuh kesempurnaan demi untuk kebaikan dan kesejahteraan manusia itu sendiri di samping dituntut untuk memelihara dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baiknya. Maka untuk itu, Allah SWT melantik manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk menjadi pengurus dan pentadbirnya.

Persoalannya, adakah manusia yang beriman itu telah melaksanakan tanggungjawab kekhalifahannya dengan memakmurkan alam ini sebaik-baiknya ataupun manusia itu sendiri cuai dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan.