Garis panduan amalan istiadat dan protokol dalam majlis rasmi kerajaan

Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Subject: Government etiquette--Malaysia, Diplomatic etiquette--Malaysia
Pages: 181 pages
Binding: Hardcover
ISBN: 9789834601706
Call No: BJ1879 .G21 2023
Penganjuran Majlis Rasmi Kerajaan merupakan antara aktiviti utama dan penting bagi sesebuah negara, negeri, kementerian, jabatan, agaensi kerajaan mahupun swasta. Kepentingan penganjuran sesuatu majlis bukan sahaja menjadi tugas rasmi sesebuah jabatan tetapi juga adalah manifestasi kepada prestasi dan reputasi sesebuah jabatan atau agensi tersebut. Bagi menjamin kesempurnaan penganjuran majlis agar berjalan dengan lancar tanpa cacat cela, pemahaman yang menyeluruh, mantap, dan jelas mengenai protokol Majlis Rasmi Kerajaan menjadi suatu kemestian. Untuk tujuan tersebut, maka buku ini diusahakan sebagai rujukan utama untuk dijadikan panduan mengurus protokol majlis rasmi.