Dewan Masyarakat

Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Binding: Hardcover
ISBN: 9770419038444

Dewan Masyarakat merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak September 1963. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan eksekutif dan profesional, pentadbir, pembuat dasar, pemimpin, usahawan, pendidik, pelajar menengah atas dan pengajian tinggi serta orang ramai. Majalah ini merupakan majalah khusus tentang hal-hal yang berkaitan dengan bidang sosial, ekonomi, pendidikan dan politik dalam masyarakat Malaysia. Selain itu, peristiwa dan isu menarik di peringkat antarabangsa turut dipaparkan melalui kolumnis terkenal. [Wikipedia]