Menerokai Rahsia STEM (Science, Technology, Engineering & Math) Dalam Al-Quran Jilid 1

Publisher: Shanana Production
Subject: Technology--Religious aspects--Islam, Qur'an and science, Qur'an and science -- Technology -- Religious, Engineering -- Mathematics -- Religious aspec
Authors:
Pages: 145 pages
Binding: Softcover
ISBN: 9789671562161
Call No: BP134. S3 Q93 2019

Buku Q-STEM-A mempunyai 2 jilid,  memaparkan beberapa kandungan sains al-Quran yang memberi inspirasi ke arah pembangunan ilmu STEM, yang sering menjadi persoalan dan dijelaskan dalam bentuk yang ringkas. Buku ini dapat merangsang minat untuk mempelajari bidang STEM sambil mendedahkan kandungan al-Quran.

Buku ini juga mengandungi beberapa penemuan dan fakta saintifik yang telah dikemukakan oleh para saintis terdahulu dan masa kini. Selain itu, buku ini menunjukkan kaitannya dengan sukatan pelajaran pengajaran dan pembelajaran serta beberapa latihan praktikal yang dijalankan di sekolah.

Bahasa yang digunakan mudah difahami dengan ilustrasi menarik, padat dengan fakta dan disertakan dengan beberapa aktiviti yang sesuai. Turut dipaparkan laman sesawang dan kod QR untuk video berkaitan.

Kandungan buku ini adalah hasil pembacaan penulis semata-mata, yang dikumpulkan daripada beberapa penemuan, kajian dan tulisan para saintis. Melalui buku ini, diharapkan generasi masa kini dapat memahami dengan lebih jelas serta menjadikan ilmu al-Quran sebagai medium pembelajaran bagi semua mata pelajaran yang dipelajari.